Nasi Ambeng Antarabangsa

Nasi Ambeng Antarabangsa

Thursday, 29 August 2013

Pelan Lokasi Ke Dewan Chef Halim , Selayang Capitol





Segala pertanyaan boleh dibuat di talian :

019-333 2520 - Chef Halim

019-264 2520 - Pn. Zaimah

019-735 2520 / 017-521 5632 (p.m/whatsapp) - Zawana
 

Promosi Rm 1.00 , Nasi Ambeng Antarabangsa


Kami mengalu-alukan untuk anda datang merasai ke enakkan Nasi ambeng kami yang di masak sendiri oleh Chef Halim , Owner "Pengantin Eksklusif".




Kami Menawarkan harga Promosi untuk 1 september dengan harga RM1 sahaja. Dengan syarat anda perlulah "LIKE" fan page kami.

Klik Link Di Bawah :

Dewan Chef Halim , Selayang Capitol Complex

Mudahkan?
Jadi! Datanglah beramai-ramai dan lokasinya :


LG 06, kompleks Selayang Capitol
68100 Kampong Selayang, Kuala Lumpur, Malaysia

Bermula Dari Pukul 11am-3pm.


Jumpa Kami Di sana


Hubungi kami di talian untuk pertanyaan yang lebih lanjut.

(60) 019-333 2520 ( Chef Halim )

(60) 019-264 2520 (Zaimah)

(60) 019-735 2520
(60) 017-5215632 (whatsapp/pm) (ZawanaHalim)


Promosi Nasi Ambeng Antarabangsa



Promosi Hanya Pada 1 September 2013 .

Bertempat di Dewan Chef Halim , Selayang Capitol
( berhadapan dengan Hospital Selayang )


Segala pertanyaan boleh dibuat di talian ini :
 
Chef Halim - 019-3332520
Pn. Zaimah - 019-2642520
Cik Zawana - 019-7352520
 
 
 


Sejarah Nasi Ambeng

 
** NasiAmbengAntarabangsa **
 
Sejarah Nasi Ambeng bermula apabila masyarakat Jawa yang berasal dari  Tanah Jawa Indonesia berhijrah ke Tanah Melayu Malaysia sekitar tahun 1890 - 1900 yang kini telah menjadi warga Malaysia. Nasi Ambeng merupakan makanan tradisi masyarakat Jawa semasa mengadakan kenduri perkahwinan, kelahiran, doa selamat dan sebagainya.
 
 
 Nasi Ambeng akan dihidangkan didalam sebuah dulang besar (talam) dengan di lengkapi lauk-pauk asli Jawa terdiri daripada serunding kelapa, ikan kering jenis bulu ayam (gereh bulu ayam), kacang tanah, sambel goreng (tauhu, tempe, kentang & suhun), lauk utamanya ayam masak kicap dan sayuran kacang panjang. Satu hidangan (talam) Nasi Ambeng biasanya untuk keperluan 5-6 orang. Pada majlis kenduri biasanya ia dibahagi rata untuk dibawa pulang oleh tetamu dan dimakan bersama keluarga.


Konsep nasi ambeng amatlah unik dimana ianya menerapkan persepakatan dan perpaduan dalam kekeluargaan dan kemasyarakatan tidak mengira pangkat dan darjat. Tiada beza membeza jenis makanan bagi simiskin atau sikaya.


Tetapi kini akibat transformasi permodenan sudah terlalu banyak teknik dan gaya Nasi Ambeng diubah suai termasuk tradisi majlis. Segalanya akibat ikut-ikutan yang kurang releven. Konsep pemuafakatan dan persepakatan kian pudar dan pupus. Segalanya kerana inginkan sesuatu yang pantas dan berjenama, tetapi sebenarnya ia mengorbankan nilai positif sesuatu masyarakat, komuniti itu sendiri secara keseluruhannya .

Yang pastinya , akan ada generasi Y yang akan menaikkan tarafkan kembali kualiti dan nama nasi ambeng di persada dunia .